BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 22, 2009

Kisah Penjual Tempe

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorangperempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe danmenjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumberpendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempeyang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siapuntuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenyayang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuhjadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanyabeberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belummenjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalamsuasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringatakan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukanperkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat keduatangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacangsoya ini menjadi tempe . Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Diasangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuantua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan diapun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masihtetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurangjelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula danberdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah matapencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe ,Amin"Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabilatempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggisudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidakkecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannyayg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barangjualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampaidi pasar kesemua tempenya akan mas ak.
Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannyake pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannyauntuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlahkeajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalamhatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Denganhati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan denganjarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihatisinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketikalalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikitkecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilahsatu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cumaduduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawatiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara ituhari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudahmula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe merekasudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapikenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepadaAllah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itudia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buatkali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belummenjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untukmencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pingaseketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat diaberdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadilagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daunpenutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benartempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukurpada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belummenjadi itu.Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapahendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di Englandteringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkanke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supayaapabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalaudikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudahtidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudahpun dimakbulkan oleh Tuhan...Moral:Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktuberdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan danapa yang terbaik untuk diri kita.Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kitasebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yangdipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuaidengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.Ketiga : Tiada yang mustahil bagi TuhanKeempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidakpernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agarkebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat(",) ....

..Segala yg baik itu datang dr Allah..& yg buruk itu dr kedhaifan diri sendiri..

Thursday, January 15, 2009

Yeay! Besok gaji masyuk...

yeay!
besok gaji masyuk...
mungkin hari esok lebih bersemangat berbanding dengan hari ni...
lumrah manusia, bile dapat gaji baru lah rajin berkerja...
kejap jek 3 hari, pastu malas balik... hehehehe

hari ni aku letih berkerja...
rasa berat bahu aku nk memikulnya...
kdg2 aku rasa busan,
tapi ni dah jadi sebahagian tanggungjawab kite,
so, pandai2 la nk membahagikan masa kerja dan peribadi....

wookey!!

Tuesday, January 13, 2009

Lentera Timur


aku meminati Siti Nurhaliza..
aku suka setiap lagu dan melodi nyer..
aku baru memiliki album terbarunye "Lentera Timur"
aku beli pun sempena dengan besday siti..
semua album siti aku ada...
semua lagu siti aku tahu..
kalau kat karaoke, aku suka nyanyi lagu siti..
best..best..best..
kawan-kawan aku pun dh naik bosan agaknye...
tapi aku x kisah ape dieorg nk kata..
yang penting aku enjoy!!!
salah satu lagu yg aku suka dlm album terbaru dia..

"Di Taman Teman"
c/o
walau jauhku berlari
walau jenuhku mencari
tetap sungguh kau temani
tanpa jemu dan benci
biarku telan tangismu
biarku simpan resahmu
meski kau bukan milikku
teguh kau dihatiku
percayalah
kau inderaloka
kan kususuri
bahagiamu teman di taman ini...

kalau nak dengar lagu-lagu siti, belilah album die..
ikut macam aku "beli yang original"
kite kene sokong industri muzik kite... hehehe

Thursday, January 8, 2009

Permulaan..satu perjalanan

sekarang,
aku dah semakin berani untuk memperkatakan tentang "cinta" rahsia ku itu...
ade kenalan rapatku yang sudah mengetahuinyer...
aku gembira sebab dieorg support aku...
ade yang restu... hehe tapi x comfirm lagi pun.

ni baru permulaan, satu perjalanan...
kata-kata yang di beri oleh sumber inspirasiku dari di zaman kolej lagi...
nasihat dan sokongan yang di beri,
memberi kekuatan kepada aku... ha ha ha
mudah-mudahan ada jodoh di antara kami... amin

Wednesday, January 7, 2009

Salah ke aku?

dalam hati berfikir....

"salah ke kalau aku meminati die?
salah ke kalau aku nk berkenalan dgn die?
salah ke kalau aku nk tahu lebih mendalam tentang diri die?
salah ke kalau hati aku nak merasai nikmat "cinta" itu?

memang..
memang aku ada kekurangan diri,
tapi salah ke atau x layak ke aku.....

kenapa org lain nk pandang sinis kat aku...
bukanyer aku ke jalan yang salah...
haluan aku betul..
sekarang lah masa utk aku belajar tu semua...
aku ada matlamat hidup aku sendiri..
dan aku tahu apa yang aku buat... "

Monday, January 5, 2009

Kasih ku tersulam...

"Suasana sepi begini,
menahan rindu menusuk hati...
x mungkin kau sedari...
Percayalah, kasih mu lama tersulam...
diruang paling dalam,
terlalu jauh tak terselam...
ku akui dugaan datang jua pergi,
rela ku menghadapi dengan harapan suci...
doa bersemi..."

ada org kata "jangan tunggu kebahagiaan datang mencari kita"...
aku selalu nak cari kebahagiaan tu tapi bila tiba masanya cuma kehampaan yang datang kat aku....
keluhan jek yang menemani aku...
aku sabar..
aku penat..
penat nak kejar tu semua... tp hrmmmm

aku akan cuba...
aku perlu lakukan semua tu
untuk mengisi kekosongan hati aku....

eah, jiwang la pulak...

Friday, January 2, 2009

Ku meminati dia...

Sekarang umur aku menjangkau 23 tahun...
rasanya dah sampai masanya untuk aku fikirkan..
fikir ape eak?? hehe... fikir nk ada seseorang yang istimewa dalam hidup aku ler...
hehehe.. malu lah,
tapi aku perlu lakukan nya...

aku ada minat seorang mamat tu..
tapi malu nak cakap.. sebab aku rasa macam... "gatal la pulak"..
aku x tahu mcm mana cara nak aku mulakan dulu...
adakah dgn mencuri no tel die??
atau buat2 ade kerja dengan die ke..(maksud aku, buat2 sibuk la dgn dia..walaupun x de urusan..)
hahahahaha

kelakar la pulak!

huhu

Thursday, January 1, 2009

Di sebalik SUTRAMAYAKU

S - sutramaya hatiku

U- untuk cinta yang akan bersemi

T- termetrai kasih dua sejoli

R- ruang hati yang akan terisi

A-alam baru yang akan ku tempuhi

M-meniti hari-hari bahagia

A- antara kau dan aku

Y- yang akan hidup bersama

A- akan ku cari cinta yang sejati

K- kasih yang abadi

U- untuk selamanya....