BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 28, 2009

ku fikirkan permata, rupenye kaca yang tiada nilainya...


lumrah hidup,
memang sukar nak di duga..
pada mulanya,
kite membawa sehelai kain putih.. yang tiada coraknya..
untuk permulaan hidup yang baru,
banyak idea yang terfikir untuk menghasilkan corak yang terbaik..
apabile melalui hari-hari yang berliku,
sedikit demi sedikit..
kain putih itu telah bertukar menjadi corak yang sangat cantik...
di iringi tawa gelakkan semasa menghasilkannya..
kenangan manis ibarat seperti menghiasi corakkan bunga-bunga yang cantik,
manakala kenangan pahit..ibarat menitis warna hitam yang boleh mencacatkan keindahan corak yang menarik...
lumrah hidup,
seteliti mana pun kite hendak menjaga corak yang cantik itu,
akhirnya.. terlepas pandang, menitis jua..
sukar.. amat sukar..
amat sukar untuk kite mengekalkan nya..
amat sukar untuk kite menjaganya..
amat sukar untuk kite melupakan nya..


lumrah hidup,
setiap orang ade idea tersendiri untuk menghasilkan nukilan yang terbaik..
tp jika melalui paksaan, tiada keikhlasan.. tiada keserasian.. tiada restu.. tiada insprirasi..
tiadalah hasil yang sempurna seperti yang diharapkan..


lumrah hidup,
betapa sayangnya kita untuk mempertahankannya..
hanya kekuatan ku seorang, tidak mungkin..
akhirnya.. kain yang cantik, yang dah lama terhasil dengan corakkan penuh kasih sayang,
menjadi pudar.. semakin pudar dan nipis..
puas.. puas kita nak menyelamatkan nya..
tp... tidak terdaya..
tidak terdaya untuk aku mempertahankannya..
bersabar.. dan aku redha..

ini semua ketentuan tuhan...
ibarat kita fikirkan permata,
rupa-rupanya kaca yang tiada nilainya..




No comments:

Post a Comment