BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 4, 2009

Umur dan Kematian

Kematian adalah pintu,
setiap orang pasti akan melaluinya. Benarlah kata “orang Tua” bahawa sehebat manapun seseorang itu, sekuat mana pun dan sekaya mana pun dia, tidak akan ada yang mampu mempertahankan tubuhnya dari usia yang selalu mengejarnya.. Kematian adalah sesuatu jalan yang lurus dan pasti akan di lalui oleh semua manusia. Oleh itu, Allah S.w.t berfirman : “ kullu man ‘alaihaafaan”.. sungguh pun hanya yang ghaib terdapat di belakang pintu itu. Tidak ada sesiapa pun yang pernah melalui keajaiban selepas mati dan tidak ada yang mati kembali ke dunia menceritakan perkara itu. Semua ini adalah Rahsia ALLAH S.w.t yang membuatkan seseorang insane berasa sangat takut tentang kehidupan selepas mati…

Alangkah ruginye, orang yang merayakan penggantian tahun dengan bersuka ria.

Alangkah ruginye, orang yang berpesta menyambut ulangtahunnya dengan bersorak…

Bukan kah mereka sepatutnya bersedih dan menangis penuh dengan penyelesaian? Penambahan umur adalah petanda berkurangnya tempoh umur kita didunia. Tiada alasan lagi untuk membuatkan kita bahagia.

“ ibarat orang yang memiliki RM 10000. Kalau setiap hari di belanjakan seribu, maka wang itu hanya untuk sepuluh hari. Jika wang tersebut di belanjakan kepada perkara yang membawa manfaat, maka untung lah dia. Tetapi jika untuk perkara yang merugikan, ia akan menjadi sia-sia.. maka tidak membawa apa-apa faedah. Demikian juga lah umur kita…

kita perlu tahu,

apa yang kita lakukan di dunia,

Jangan ingat kita terselamat dgn penutupan yang sementara..

segalanya akan terhitung di akhirat kelak...

Sifat Dendam, tidak membawa apa2 manfaat.. Allah Swt membenci kepada hamba2 Nya yang mempunyai sifat keperibadian yang suka berdendam..

seorang insan yang sanggup berbohong, mengetepikan perkara yang sememangnya benar, adalah seorang insan yang paling kerdil di dunia.. seorang insan yang sangat hipokrit. Sanggup memutuskan tali persaudaraan hanya kerana CINTA yang baru bermula, berbanding dengan persahabatan yang bertahun?? hmmmm, manusia mudah tergoda dengan hasutan, manusia memang mudah lupa diri.. manusia memang tidak boleh memegang janji dengan kata- kata.. setiap yang dikatakan, bukan dengan niat hati yang ikhlas, tetapi bercampur dengan nafsu syaitan yang membuak.

ingat!

apa yang kita lakukan di dunia, pasti akan mendapat balasan nya di akhirat.

Allah maha berkuasa, maha mengetahui dan maha adil..

bagi sesiapa yang suka bermusuh, jumpe lah nanti di akhirat untuk membuat perhitungan.

kita akan di soal, di hitung.. dan di situ lah ternyata segala kebenaran..yang selama ini sukar di cari..

bertaubat lah... ingat tuhan..

kita semua pasti akan melaluinya..

satu hari nanti....



No comments:

Post a Comment